counter strike di PWTC

Posted by kerel_afzan Wednesday, December 7, 2011

29/11/2011 6:25pm

KUALA LUMPUR — Bagi menarik minat masyarakat kepada teknologi maklumat (IT), sebuah badan bukan kerajaan ‘mengumpan’ pengunjung di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC) di sini dengan permainan video ‘Counterstrike’.
Presiden IT Youth Movement (ITYM), Khaireel Azlee Abd. Aziz berkata, mereka mensasarkan semua peringkat usia untuk mencuba permainan video yang popular pada kalangan anak muda itu.
“Kita bawa 10 komputer riba untuk permainan ini dan kita gunakan permainan video kerana ia lebih mesra untuk digunakan oleh golongan yang baru mengenali IT berbanding perisian yang lain,” katanya ketika ditemui pemberita di pameran sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 itu hari ini.
Khaireel Azlee berkata ITYM juga mahu menarik seramai mungkin golongan berusia bermain permainan video itu dalam usaha mengukuhkan hubungan antara generasi berusia dan anak muda.
"Bila golongan berusia ini sudah biasa bermain di sini, mereka boleh bermain dengan anak-anak mereka di rumah. Selain membiasakan diri dengan IT golongan ini dapat mengukuhkan hubungan kekeluargaan mereka,” katanya.
famous nyer abang aku hahaha

0 comments

Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers

Video Post