IPOH: Seorang bekas pelajar tingkatan satu Kolej Melayu Kuala Kangsar (KMKK), mendakwa mengalami kesukaran bergerak apabila bahagian lutut kaki kirinya tercedera selepas dipukul pengawas sekolah berkenaan tiga bulan lalu.
Pelajar berkenaan, Muhamamad Saniy Samsudin, 13, yang kini menuntut di Sekolah Menengah Jitra, Kedah, terpaksa menjalani rawatan susulan dan fisioterapi masing-masing di Hospital Taiping dan Hospital Jitra, Kedah.

Malah, doktor pakar mengesahkan Muhammad Saniy terpaksa menjalani pemulihan enam bulan bagi membolehkan kakinya pulih sepenuhnya daripada kecederaan.
Dalam kejadian pada 26 Jun lalu, Muhammad Saniy bersama 13 pelajar tingkatan satu lain yang menuntut di sekolah sama ditumbuk dan dipukul dua pengawas kerana keluar ke pusat siber di pekan Kuala Kangsar pada hari minggu, biarpun sudah mendapat kebenaran guru.
13 budak tu tak mintak permission cikgu langsung termasuklah saniy samsudin
Bapa pelajar berkenaan, Samsudin Mohamed, 46, yang ditemui kesal dengan perkara berkenaan dan tidak menyangka pengawas sekolah tergamak memukul anaknya sehingga cedera termasuk beberapa pelajar lain.
budak2 yang lain tak cedera langsung pun
Beliau berkata, kejadian itu bukan saja menyebabkan anaknya trauma sebaliknya terpaksa meninggalkan pelajaran hampir dua bulan kerana terpaksa berulang alik ke hospital bagi menjalani rawatan fisioterapi.


“Lebih teruk, doktor mengesahkan tisu di lututnya koyak dan mengambil masa lama untuk pulih sepenuhnya. Biarpun sudah tidak bertongkat, kakinya tetap lemah dan sukar berdiri lama.
kalau tisu dah koyak mane leh berdiri
“Anak saya juga mengalami trauma apabila dia bukan saja tidak menjalani sebarang sesi kaunseling sekolah selepas kejadian itu, sebaliknya masih dibuli pelajar senior sekolah itu hampir dua bulan,” katanya.
Katanya, dia menukarkan anaknya ke sekolah lain kerana tidak tahan dengan tekanan diberikan terhadap anaknya.
nie MCKK, senior mane dibenarkan datang asrama form 1 dan tak de senior datang blok form1 pun time tu
Samsudin yang kini menetap di Taman Halban, Jitra, berkata, anaknya pernah mengadu pengawas sekolah berkenaan tidak membenarkan pelajar lain membantunya terutama ketika mengambil makanan dan minuman rehat di kantin selain almarinya yang sering diselongkar pelajar senior.
Tiap tiap hari perfect suruh hantar makanan kat die malah prefect lagie meyuruh form untuk berbaik-baik dengannya
Menurutnya, perbuatan itu tidak sepatutnya terjadi dan ia memalukan imej sekolah berkenaan yang terkenal sebagai antara sekolah berprestij di negara ini.
kan sudah dimaklumkan dari awal yang pelajar form1 tidak dibenarkan pergi ke ciber cafe
“Saya juga kesal kerana dua pengawas yang terbabit itu hanya digantung sekolah lima hari dan hukuman itu tidak setimpal dengan perbuatan mereka.
pengawas tersebut hanya menjalankan tugas
“Sehingga kini, pelajar senior berkenaan termasuk warisnya tidak pernah menghubungi saya untuk menyatakan rasa kesal terhadap perbuatan yang mereka lakukan terhadap anak saya,” katanya.
mereka tidak sepatut nya merasa kesal kerana pelajar tersebut yang melanggar peraturan
Katanya, anaknya mula bersekolah di Sekolah Menengah Jitra sejak Isnin lalu, namun dia juga kesal kerana sekolah gagal menunaikan janji menempatkan anaknya di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra.

Selain itu, katanya, sehingga kini juga, segala dokumen termasuk buku kemajuan dan rekod ko-kurikulum anaknya belum diserahkan biarpun anaknya sudah memasuki sekolah baru.

Samsudin berkata, dia berharap kisah yang menimpa anaknya ini diambil perhatian serius KMKK bagi membolehkan pelajar lain dapat meneruskan pembelajaran di sekolah itu.

“Saya juga difahamkan, ramai ibu bapa pelajar yang terbabit insiden sama tidak mahu anak mereka meneruskan pembelajaran di sekolah itu kerana tidak berpuas hati dengan persekitarannya,” katanya.
setahu saya tak de seorang pun antara 13 orang tu yang nak tukar sekolah



Saniy Samsuddin juga ada menyertai larian amal uum besama dua pelajar form 1 Hariz Thaqif dan Aiman Haqim


Powered by Blogger.

Followers

Video Post